• Legal Centre
  • legal@um.edu.my
  • 03-79673330
logo
logo

Kursus Undang - Undang Berkaitan Kontrak Pengendalian, Pengurusan dan Pentadbiran Kontrak

Jul 08, 2026
09.00 AM - 05.00 PM
Bilik Konferen 1, Menara Selatan, PPUM

🗓️ 8 & 9 Julai 2026

⏰ 8.00 pagi – 4.30 petang

📍 Bilik Konferen 1, Menara Selatan, PPUM

Penganjuran Kursus Pengendalian, Pengurusan dan Pentadbiran Kontrak ini merupakan susulan daripada arahan Pengurusan PPUM yang telah mengamanahkan Pusat Perundangan (Seksyen Mediko-legal) untuk merancang dan melaksanakan sebuah program khusus yang memberi tumpuan kepada aspek pengurusan kontrak.

Sehubungan itu, kursus ini dirangka bagi memberikan pendedahan yang lebih menyeluruh mengenai aspek pengendalian, pengurusan dan pentadbiran kontrak kepada pegawai dan kakitangan PPUM yang terlibat secara langsung dalam menguruskan kontrak di jabatan masing-masing. Melalui perkongsian ilmu, perbincangan kes serta sesi interaktif bersama penceramah berpengalaman, peserta turut didedahkan kepada amalan terbaik serta isu-isu praktikal berkaitan pengurusan kontrak.

Diharapkan penganjuran kursus ini dapat meningkatkan pengetahuan, memperkukuh kefahaman dan membina keyakinan peserta dalam menguruskan perkara-perkara berkaitan kontrak. Usaha ini juga diharap dapat membantu memastikan setiap urusan kontrak di PPUM dilaksanakan secara lebih sistematik, cekap serta selaras dengan kehendak undang-undang dan prinsip tadbir urus yang baik.”

Sekiranya pihak puan memerlukan sebarang maklumat tambahan dan/atau pengesahan lanjut, sila hubungi pihak kami.

#umlegal #pusatperundangan #universitimalaya #medicolegal #ppum